fbpx

Umpama mimpi menjadi kenyataan terbang ke London – Hafizi Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZI (tengah) bersama Che Muhamad Hafiz (kanan) dan Mohd. Khairul Amin ceria dengan hadiah masing-masing di ibu pejabat Media Mulia Sdn. Bhd., Petaling Jaya semalam.

KEJAYAAN menjuarai hadiah utama Liga Fantasi Kosmo! edisi 2021/2022 umpama mimpi menjadi kenyataan buat Hafizi Ahmad yang sudah lama mengimpikan peluang untuk terbang ke England bagi menyaksikan sai­ngan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebagai rekod, Hafizi berjaya muncul juara keseluruhan pada saingan Liga Fantasi Kosmo! menggunakan format Fantasy Premier League (FPL) yang dianjurkan oleh Kosmo! pada tahun lalu sehingga Mei lepas.

Hafizi yang menggunakan nama pasukan K4PC4I FC telah mengutip 2,697 mata secara ke­seluruhan untuk menjadi pemenang bertuah pada penganjuran edisi sulung akhbar Kosmo!.

Kata Hafizi, kejayaan diraih adalah sesuatu di luar jangkaan selain menganggap apa yang diraih sebagai rezeki selepas be­kerja keras sepanjang 38 minggu pertandingan untuk mencongak kesebelasan utama terbaik.

“Secara jujur, saya agak terkejut apabila dimaklumkan memenangi hadiah utama yang mana pihak Kosmo! akan menaja juara untuk ke England menyaksikan perlawanan EPL pada masa akan datang.

“Saya telah bermain FPL sejak 2007 dan ini kali pertama saya meraih kemenangan yang begitu besar. Terima kasih diucapkan kepada Kosmo! yang memberi peluang serta membuka platform buat kami untuk tampil lebih kreatif pada saingan Liga Fantasi Kosmo!.

“Apa yang pasti, sebagai peminat EPL khususnya pasukan Arsenal, peluang untuk ke England umpama mimpi menjadi kenyataan buat saya dan saya akan menjadikan kejayaan ini sebagai pemangkin motivasi untuk tampil lebih cemerlang pada edisi akan datang,” katanya.

CHE MUHAMAD HAFIZ Che Wil@Ismail menjuarai Sony Play Station 5.

Sementara itu, pemenang hadiah pertama, Che Muhamad Hafiz Che Wil@Ismail yang menjuarai Sony Play Station 5 me­ngakui cukup teruja dengan kemenangan itu selain menganggap kerja keras yang dilakukan hampir 10 bulan berbaloi.

“Saya puas hati dengan pencapaian yang dilakukan meskipun tidak berjaya meraih kejuaraan utama dan anggap tiada rezeki untuk saya.

“Namun, saya pasti kemena­ngan yang diraih akan menaikkan lagi semangat saya untuk membuat percaturan lebih agresif dan konsisten pada kempen musim depan,” kata pemilik pasukan Lagendar KINGSMEN kelahiran Machang, Kelantan ini.

MOHD. KHAIRUL AMIN Mat Rippin yang menggunakan Pasir Mas FC sebagai nama pasukannya melengkapkan kedudukan ‘podium’ dengan menyambar hadiah kedua iaitu televisyen pintar.

Sementara itu, Mohd. Khairul Amin Mat Rippin yang menggunakan Pasir Mas FC melengkapkan kedudukan ‘podium’ dengan menyambar hadiah kedua iaitu televisyen pintar.

Seramai hampir 7,000 penyer­taan yang diterima pada sai­ngan Liga Fantasi Kosmo! musim lalu dengan 10 pemenang terbaik ke­seluruhan menghadiri majlis penyampaian hadiah di ibu pejabat Media Mulia Sdn. Bhd., Petaling Jaya semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI