fbpx

Suami tiada hak atas duit kerja isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jika si isteri bekerja dan mempunyai pendapatan tetap setiap bulan, maka si suami tiada hak ke atas duit berkenaan.

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, bagaimanapun, isteri yang bekerja wajib meminta izin terlebih dahulu melainkan suaminya sakit.

“Bila suami sudah beri izin isteri bekerja dan isteri memberikan gaji dan duit itu kepada suami. Namun, suami tidak boleh makan satu sen pun.

“Suami tidak berhak ke atas duit tersebut kerana isteri tidak wajib kerja. Sekiranya Isteri bekerja adalah untuk membantu,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa si isteri juga tidak wajib untuk mengeluarkan duit bagi menguruskan keluarga sebaliknya ia adalah tanggungjawab suami.

“Ada tiga perkara suami perlu tanggung iaitu makan minum, tempat tinggal dan pakaian.

“Walaupun gaji isteri lebih besar dari gaji suami, tiga perkara ini wajib ditanggung oleh suami sehingga mati atau berpisah. Itu hukum,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI