fbpx

SPAN serbu hostel pekerja guna air terawat secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hostel tersebut didapati mempunyai meter air yang sah namun terdapat juga punca sambungan lain yang tidak melalui meter air sah di paip perhubungan milik Air Selangor.- Foto IHSAN SPAN

CYBERJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyerbu sebuah hostel pekerja kilang di Banting, Selangor hari ini kerana menggunakan bekalan air terawat secara haram.

SPAN menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, Serbuan

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, hostel tersebut mempunyai meter air yang sah namun, terdapat juga punca sambungan lain yang tidak melalui meter air yang sah di paip perhubungan milik Air Selangor.

“Semakan lanjut juga mendapati penggunaan air berkenaan adalah untuk kegunaan harian 100 pekerja kilang tersebut.

“Ujian teknikal serta klorin telah dilaksanakan dan hasil ujian tersebut mendapati premis mendapat bekalan air terawat Air Selangor tanpa melalui meter yang sah,” katanya.

Katanya, SPAN telah mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan tindakan pemotongan bekalan air pada sambungan tidak sah tersebut telah dilakukan.

Jelasnya lagi, kes disiasat mengikut peruntukan Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

“Orang ramai dipohon untuk memaklumkan kepada operator air anda sekiranya terdapat sebarang kegiatan mencurigakan yang anda syaki berkaitan aktiviti mencuri bekalan air bersih termasuk membuat penyambungan bekalan air secara tidak sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI