fbpx

Remaja maut sempat bantu mangsa kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hafiz maut dalam kemalangan maut di Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, Baling pada petang semalam.

BALING – Seorang remaja sempat membantu mangsa kemalangan di hadapan rumahnya sebelum maut dalam kemalangan berasingan di Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik di sini semalam.

Mangsa, Muhammad Hafiz Razali,19, dikatakan membantu mangsa yang cedera akibat kemalangan itu pada sebelah pagi sebelum dia maut dalam kejadian kira-kira pukul 6.28 petang semalam.

Ibu saudara mangsa, Zulaika Ramli, 37, berkata, dia dan Muhammad Hafiz dalam perjalanan ke pasar tani kira-kira pukul 11 pagi semalam sebelum berlaku kemalangan motosikal berhampiran simpang masuk ke rumahnya di Kampung Banggol Lada.

“Kami membantu mangsa kemalangan itu sehingga ke Hospital Daerah Baling.

“Namun, pada sebelah petang saya terkejut apabila dimaklumkan anak saudara saya itu meninggal dunia akibat kemalangan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dia tidak menyangka semalam adalah hari terakhir dia meluangkan masa bersama arwah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kemalangan membabitkan motosikal jenis Honda Wave ditunggangi mangsa dan sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta tersebut.

“Rempuhan mengakibatkan mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu kereta dan empat penumpang tidak mengalami kecederaan” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Daerah Kulim untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI