fbpx

RB Salzburg buat permintaan ‘gila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SESKO berjaya meledak satu gol dan mencipta satu umpanan jaringan pada aksi pertama musim baharu bersama Salzburg. – AFP

SALZBURG – RB Salzburg bersedia melepaskan penyerangnya, Benjamin Sesko ke Manchester United sekiranya kelab itu bersedia melunaskan bayaran seba­nyak £300 juta (RM1.6 bilion) termasuk Bruno Fernandes sebagai terma pertukaran.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa United menyatakan minat mereka terhadap penyerang berusia 19 tahun ber­kenaan selain beberapa pasukan seperti Newcastle United, Bayern Munich dan Borussia Dortmund juga mengintai peluang.

Bagaimanapun, United dilihat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Sesko menyebabkan Salzburg mengeluarkan kenya­taan bahawa mereka sedia mempertimbangkan sekiranya permintaan mereka itu dipenuhi.

Penyerang dari Slovenia itu berjaya mempamerkan aksi terbaik sepanjang musim lalu dan muncul penjaring gol paling muda dalam skuad kebangsaan negaranya.

Sesko berjaya meledak 10 gol dan tujuh umpanan sepanjang aksi bersama kelab berkenaan musim lalu, malah dia turut meledak satu gol dan satu umpanan untuk pasukan itu untuk aksi pertama musim baharu menentang Austria Wien Sabtu lalu.

Dia yang masih memiliki kontrak sehingga 2026 di Red Bull Arena menarik perhatian banyak pasukan sekali gus membuatkan Salzburg yakin mampu untuk mempertahankannya dengan membuat permintaan yang dianggap tidak masuk akal bagi menghalang perpindahannya.

United ketika ini terdesak untuk mencari penyerang baharu ketika masa depan Cristiano Ronaldo masih lagi tidak menentu, manakala prestasi tidak menentu Anthony Martial musim lalu membuatkan kelab itu dalam keadaan ‘trauma’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI