fbpx

Pinjam duit mentua bayar upah cubaan bunuh isteri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV menunjukkan kejadian RW ditembak di hadapan rumahnya di Jawa Tengah.- Coconut News

JAKARTA – Seorang askar Indonesia tergamak meminjam wang daripada ibu mentuanya bagi tujuan mengupah pembunuh upahan supaya menamatkan riwayat anak wanita itu yang juga isterinya, semata-mata kerana dia mahu berkahwin lain, lapor laman Coconut News hari ini.

Pada 18 Julai lalu, suspek yang dikenali sebagai Koperal Kedua M,  mengupah dua lelaki untuk membunuh isterinya, RW. Dia menjanjikan mereka 200 juta rupiah (RM59,563) sebagai upah  jika misi berjaya dilaksanakan atau 120 juta rupiah (RM35,738) jika gagal.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV)  di luar rumah M dan RW di Semarang, Jawa Tengah menunjukkan RW menunggang motosikalnya pulang ke rumah selepas mengambil anak perempuan mereka dari sekolah.

Sebaik turun dari kenderaan itu, dua lelaki bermotosikal menuju ke arah mangsa dan melepaskan empat das tembakan ke arah RW.

Mangsa bernasib baik kerana tembakan tersebut tidak membawa maut,  namun dia masih dirawat di hospital hingga hari ini.

Polis berjaya menahan dua lelaki terbabit di samping serta dua suspek lain yang diupah M untuk bertindak sebagai peninjau.

Sebelum penahanan, pembunuh upahan menerima RM35,738 seperti yang dijanjikan oleh M. Seorang saksi yang merupakan pembantu peribadi M memberitahu polis dari mana wang itu datang.

“Saksi menerima panggilan telefon daripada M, yang memintanya mendapatkan wang daripada ibu RW atau ibu mertua M, untuk menampung bil perubatan RW. 

“Arahannya supaya wang tersebut itu dihantar ke hospital,” kata Ketua Polis Semarang, Irwan Anwar.

Selepas menerima RM 35,738, M berhutang lagi sebanyak 90 juta rupiah  (RM26,800) daripada ibu mentuanya dengan alasan bil perubatan RW melambung. 

Polis berkata, M telah mengambil wang itu dan berkemungkinan menggunakannya untuk membiayai hidupnya dengan perempuan simpanannya.

M telah menjadi buruan selama lebih seminggu apabila berita tersebar bahawa dia telah membunuh diri dengan meminum racun di rumah ibu bapanya di Kendal, Jawa Tengah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI