fbpx

Perlu mohon permit khas untuk pembelian petrol, diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Syarikat berskala kecil, organisasi atau individu yang layak untuk membeli petrol dan diesel untuk kegunaan persendirian adalah dibenarkan dengan memohon permit khas di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, syarat permohonan itu bertujuan bagi mengelak barangan kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Walau bagaimanapun, keperluan permit khas ini adalah bagi pembelian dengan kuantiti melebihi 20 liter ke atas sahaja, manakala mana-mana pihak yang membeli dengan kuantiti kurang daripada 20 liter termasuk kes-kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan permit khas.

“Permit khas ini adalah percuma dan tidak dikenakan apa-apa bayaran serta terbuka kepada semua pihak yang berkelayakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Alexander, antara pihak yang telah mendapat permit khas daripada KPDNHEP adalah pengguna forklift, sektor pertanian dan penternakan, pengusaha industri makanan, penduduk di kawasan pendalaman, pengguna pengangkutan air untuk enjin bot serta nelayan separuh masa (bukan pemegang kad e-nelayan).

“Mana-mana pihak yang ingin memohon permit khas boleh berbuat demikian melalui sistem Mysubsidi Permit Khas secara online menerusi portal http://permitkhas.kpdnhep.gov.my atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI