fbpx

Peranan unit MPV PDRM penting tangani jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelatih menjalankan demonstrasi tangkapan penjenayah pada Majlis Penutup Pemanduan MPV Siri 01/2022 di padang kawad Batalion 8, Pasukan Gerakan Am di Pengkalan Chepa, Kota Bhari hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seramai 300 pegawai dan anggota unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan sentiasa bersiap sedia dalam membanteras kegiatan jenayah di negeri ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, berdasarkan situasi semasa, unit terima tersebut dilihat mempunyai kemahiran dan ketangkasan dalam aspek tersebut.

“Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia tetap memberi latihan supaya unit ini lebih cekap dalam penugasan masing-masing untuk menangkap penjenayah di negeri ini.

“Kita boleh lihat banyak kes-kes jenayah berlaku di Tumpat dan Pasir Mas. Jadi, ketangkasan unit MPV amat diperlukan,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas merasmikan Majlis Penutup Pemanduan MPV Siri 01/2022 di padang kawad Batalion 8, Pasukan Gerakan Am di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, bekerja dalam satu pasukan atau kumpulan juga merupakan elemen penting sepanjang menjalankan tugas berkenaan sama ada dalam risikan, tangkapan dan penjenayah yang agresif.

Katanya, IPK Kelantan mempunyai lebih 100 kenderaan MPV di seluruh negeri bagi menjalankan tugas berkaitan ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI