fbpx

Penceramah bebas disyaki rogol remaja diserah ke Polis Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi (tengah) ketika beramah mesra bersama salah seorang penerima pingat di Pulapol, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang penceramah bebas bergelar ustaz yang disyaki merogol seorang remaja perempuan telah diserahkan kepada Polis Kontinjen Perak bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pasukan siasatan jenayah Kontinjen Perak telah mengambil suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 30-an itu pada petang semalam.

“Reman terhadap penceramah bebas terbabit telah tamat semalam bagi kes di Kuala Lumpur dan suspek telah dihantar ke Perak petang semalam.

“Kita hantar suspek ke Perak sebab ada keperluan untuk siasatan lanjut dalam kes yang dilaporkan di negeri berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontijen Kuala Lumpur 2022 di Pulapol Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Tambah Azmi, kertas siasatan kes membabitkan kontinjen Kuala Lumpur akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam minggu ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan seorang penceramah bebas ditahan kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun melibatkan empat kertas siasatan di Selangor, Kuala Lumpur dan Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI