fbpx

Merajuk dengan keluarga punca kebanyakan kes orang hilang di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pegawai polis pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Merajuk dengan keluarga merupakan salah satu punca utama berlakunya kes orang hilang yang direkodkan di Kelantan setakat ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati, kebanyakan kes orang hilang di negeri ini turut disebabkan oleh masalah dengan ahli keluarga.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 688 kes orang hilang direkodkan sejak tujuh tahun lalu dengan hampir kesemuanya dapat diselesaikan dan hanya dua kes sahaja masih dalam siasatan.

“Siasatan mendapati, kes melibatkan orang hilang melibatkan pelbagai peringkat umur iaitu bermula 18 tahun sehingga 60 tahun.

“Ada kes yang dikesan berpunca daripada merajuk, kecewa dengan keluarga dan selebihnya hanya mereka yang tahu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Katanya, siasatan lanjut turut mendapati, kebanyakan laporan kes orang hilang di Kelantan berlaku di Kota Bharu diikuti dengan Pasir Mas yang merupakan lokasi tumpuan di pusat bandar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI