fbpx

MAINS cadang wujud pusat pemulihan akidah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Aziz Sheikh Abdul Kadir (baris depan, tengah) bersama peserta Konvensyen Perundangan Jenayah Syariah Negeri Sembilan Kali Ke-6 di Seremban hari ini.- Foto ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan mewujudkan sebuah pusat pemulihan akidah bagi pesalah syariah di negeri ini.

Pengerusi MAINS, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir berkata, perkara tersebut kini diperingkat kajian yang turut melibatkan Fakulti Undang -Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Setakat ini, individu yang disabit dalam kesalahan-kesalahan syariah dihantar ke pusat pemulihan di Selangor dan MAINS melihat perlu diwujudkan satu pusat yang hampir sama di Negeri Sembilan.

“MAINS mungkin lebih fokus kepada kesalahan akidah dengan tujuan untuk memperbetulkan dan mendidik balik pesalah-pesalah ini untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar .

“Perkara ini masih lagi diperingkat permulaan dan sudah hampir enam bulan ia berjalan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Perundangan Jenayah Syariah Negeri Sembilan Kali Ke-6 di sini hari ini.

Abdul Aziz menambah, dana sebanyak RM55,000 juga telah disalurkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan bagi menjalankan penyelidikan berkaitan penubuhan pusat pemulihan akidah di negeri ini.

“Penyelidikan ini penting bagi memastikan hukuman alternatif berbentuk pendidikan dan pemulihan di pusat pemulihan akidah itu dapat direalisasikan selain pelaksanaan perintah kehadiran wajib (PKW). Saya menjangkakan pusat ini akan dibina dalam tempoh tiga tahun lagi,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI