fbpx

Lelaki turut berdepan hormon tidak seimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bukan hanya wanita malah, golongan lelaki juga berdepan dengan masalah hormon tidak seimbang dan ia boleh disedari dengan pelbagai tanda-tanda.

Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan berkata, antara tanda-tanda tersebut ialah penurunan berat badan secara tiba-tiba selain tisu payudara menjadi lembut atau membesar.

“Seterusnya, kesukaran tidur dan sakit kepala, perubahaan kepekaan panas dan sejuk serta kerengsaan, kegelisahan dan kemurungan,” katanya menerusi video dikongsikan pada laman sosial.

Dalam masa sama, tanda-tanda lain bagi masalah hormon tidak seimbang untuk lelaki ialah keletihan yang tidak dapat dijelaskan dan berpanjangan, disfungsi erektil atau seksual, kemerosotan kognitif (pelupa atau perubahan ‘angin’). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI