fbpx

Lelaki China sukar diterima bekerja kerana miliki rupa paras kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasib Mao Sheng berubah selepas videonya menjadi tular yang telah menyebabkan dia akhirnya mendapat pekerjaan. – Douyin

BEIJING – Seorang lelaki berusia 27 tahun di Dongguan, China, menjadi sensasi internet kerana memiliki wajah dan keadaan fizikal seperti  seorang kanak-kanak sehingga menyebabkan dia sukar mendapatkan pekerjaan, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Mao Sheng dikatakan kelihatan seperti kanak-kanak berusia tidak lebih 10 tahun. Dia menggangap keadaan dirinya sebagai sumpahan kerana ia menghalangnya daripada mendapatkan pekerjaan.

Kebanyakan majikan tidak mempercayai bahawa dia berusia lewat 20-an selain enggan dituduh memaksa kanak-kanak bekerja sekiranya mereka memberi peluang kepadanya.

Minggu lalu, Mao Sheng menjadi tular di media sosial China, Douyin, selepas satu klip video yang memaparkan lelaki tersebut berdiri di sebatang jalan.

Berdasarkan klip video tersebut, Mao Sheng mendedahkan dia gagal mendapatkan pekerjaan bagi membantu bapanya yang sedang pulih daripada penyakit strok. Dia juga telah mencuba nasib dengan meminta kerja di kilang-kilang tempatan bersama rakannya, namun tetap gagal diterima.

Kisah Mao Sheng menyentuh hati berjuta-juta rakyat China dengan kebanyakan mereka menyalahkan syarikat-syarikat yang enggan memberi peluang pekerjaan kepadanya hanya disebabkan rupa parasnya.

Nasibnya,  bagaimanapun berubah selepas video menjadi  tular. Beberapa usahawan dilaporkan menawarkan peluang pekerjaan kepadanya.

Sebuah video lain yang dikongsikan di Douyin beberapa hari lalu mendedahkan bahawa Mao Sheng akhirnya menerima salah satu tawaran pekerjaan yang diterimanya.

Dia juga berharap dapat membantu bapanya serta mencari teman wanita untuk  memulakan hidup berkeluarga. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI