fbpx

Kontraktor didakwa edar dadah lebih 10 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. -FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang kontraktor berdepan hukuman gantung selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methampethamine seberat 10.35 kilogram, minggu lalu.

Yip Simon, 35, didakwa mengedar methamphetamine seberat 10,356 gram di kawasan tempat letak kereta, Pusat Makanan Gunung Rapat Enam, Jalan Raja Musa Mahadi dalam daerah Ipoh lebih kurang pukul 4.40 petang, 21 Julai 2022.

Tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sufi Aiman Azmi manakala tertuduh diwakili peguam, J. Matthews.

Terdahulu, Matthews mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk anak guamnya membuat laporan polis bagi membolehkan ia digunakan dalam perbicaraan.

Noor Azreen Liana membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan 11 Oktober depan bagi sebutan semula kes serta serahan laporan kimia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI