fbpx

Kerajaan perlu kaji semula polisi GEG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain dalam industri tembakau, persatuan dan juga penganalisis politik bersefahaman menolak dasar GEG. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan digesa mengkaji semula polisi GEG yang akan mengharamkan vape untuk individu yang dilahirkan selepas tahun 2007.

Setiausaha Agung, Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Ridhwan Rosli berkata, polisi tersebut dilihat akan memberi kesan besar ke atas akar umbi industri vape yang dibangunkan usahawan tempatan.

Menurut beliau, baru-baru ini wakil-wakil industri dalam sesi libat urus te­lah bertemu dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Melalui pertemuan tersebut, Khairy memaklumkan mengenai akta yang akan dibentangkan serta industri vape yang akan dikawal selia selepas ini.

“Ini merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan pemain industri tempatan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan semalam.

Menyokong penuh cadangan kawal selia undang-undang vape itu juga, Pengasas Malaysian ­Vaping Movement, Ibrahim Morni berkata, polisi GEG dilihat agak drastik kerana ia bakal ­mengharamkan industri vape untuk jangka masa depan.

“Kami mohon perkenalkan peraturan dahulu dan sambil itu, keputusan berkenaan GEG untuk industri vape dikaji semula.

“Saya percaya industri vape di Malaysia perlu diberikan pengiktirafan yang sewajarnya dan bukan untuk diharamkan secara perlahan-lahan,” katanya.

Rizani

Dalam pada itu, Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA) juga menyarankan agar kerajaan mengkaji semula GEG untuk vape.

Presiden MVIA, Rizani Zakaria menjelaskan, perkara (larangan mengharamkan vape untuk individu yang dilahirkan selepas tahun 2007) tidak boleh dibuat secara terburu-buru.

“Masih ramai yang keliru de­ngan polisi GEG kerana selama ini Khairy membe­ritahu, bahawa ia adalah untuk menamatkan ta­biat merokok dan mencegah ge­nerasi baharu daripada memulakan tabiat me­rokok.

“Ramai tidak hadir dalam sesi libat urus dengan Menteri Kesihatan baru-baru tetap tidak bersetuju dengan polisi GEG, ­terutamanya pengusaha kecil dan sederhana dalam industri vape.

“Oleh itu, perkara itu perlu dikaji semula kerana ia memberi impak kepada u­sahawan tempatan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI