fbpx

Kelindan lori ditahan bawa lebih 4kg dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN Azharuddin (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas selepas menahan seorang kelindan lori pada sidang akhbar di IPD Tapah hari ini. - Foto LIYANA RAMLI

TAPAH – Polis menahan seorang kelindan lori dan merampas dadah jenis ganja dianggarkan seberat empat kilogram (kg) bernilai kira-kira RM10,065 di KM311.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) di sini Selasa lalu.

Lelaki berusia 44 tahun dipercayai transporter atau penghantar dadah itu ditahan pihak Polis Peronda Lebuh Raya pada pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, suspek lelaki ditahan di lebuh raya tersebut kerana memandu kereta jenis Honda Accord berwarna putih secara berbahaya yang mana pemeriksaan dalam kenderaannya menemukan satu bungkusan beg plastik berwarna hitam.

“Dalam beg plastik tersebut terdapat empat ketulan mampat yang dibalut dengan plastik lutsinar berisi tumbuh-tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 4,026 gram,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini hari ini.

Katanya, susulan tangkapan tersebut, polis mengesyaki suspek ditahan mungkin mempunyai kaitan dengan sindiket dadah yang lain.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI