fbpx

Industri vape keliru dengan polisi GEG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia Retail Electronic Cigarette Association (MRECA) menggesa kerajaan mengkaji semula polisi Dasar Penamat Generasi (GEG) yang diperuntukkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan untuk bacaan pertama dalam sesi Parlimen, yang mana ia akan melarang sesiapa yang dilahirkan selepas 1 Januari 2007 untuk menggunakan vape.

Presidennya, Datuk Adzwan Ab Manas berkata, rang undang-undang tersebut bukan sekadar melarang penjualan kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 1 Januari 2007 malah sesiapa yang dilahirkan selepas tarikh tersebut juga tidak dapat bekerja dalam mana-mana kedai atau syarikat yang menjual atau mengedar produk vape.

“Ini adalah  sesuatu yang akan membebankan pemain industri dalam urusan mencari pekerja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Adzwan menerangkan, RUU tersebut menyentuh beberapa tafsiran yang menyamakan rokok dan vape walaupun kedua-kedua produk tersebut adalah berbeza.

“Banyak yang perlu disemak semula. Merokok bukannya menggunakan vape tetapi dalam RUU tersebut, penggunaan vape disamakan sebagai perbuatan merokok dalam tafsirannya.

“Ini memberikan mesej yang sangat salah kepada pengguna vape dan orang ramai, malah bahan kandungan produk vape juga tidak patut ditafsirkan sebagai bahan merokok kerana produk vape atau kandungannya tidak berkaitan dengan rokok langsung,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan sepatutnya mengambil langkah membezakan antara vape dengan rokok dalam RUU ini. 

Jelas Adzwan, bagi negara-negara lain seperti New Zealand dan United Kingdom, peraturan dan tafsiran untuk vape adalah berbeza dengan rokok, ini adalah kerana negara tersebut mengambil langkah untuk mengurangkan kemudaratan merokok dengan menjadikan vape sebagai alat berhenti merokok.

Negara tersebut juga menyarankan agar  perokok berhenti merokok melalui vape. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI