fbpx

Ebit bantu warga emas terlantar di jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit menghulurkan bantuan kepada warga emas yang terlantar di jalan.

PETALING JAYA – Ujian berat yang dilalui seorang warga emas lelaki berusia 66 tahun akhirnya menemui sinar baharu apabila menerima bantuan dari penceramah bebas, Ebit Lew hari ini.

Ebit dalam hantaran di Facebook berkata, keadaan pak cik itu ketika ditemui dilihat terlantar dan tidak bermaya dengan kesan lebam pada mata membuatkan dia berasa sebak dan sedih.

“Di usia begini entah apa cerita hidupnya, ujian hidupnya. Sudah lama dia terlantar di sini.

“Bila saya tanya padanya kita bawa ke rumah tinggal dan jumpa doktor. Dia setuju dan angguk-angguk. Dia sebut namanya dan umurnya walaupun tidak jelas,” katanya.

Ebit berkata, warga emas terbabit telah dibawa ke rumah jagaan di Sri Kembangan sebagai penginapan baharu.

“Kita telah mandikan dan akan periksa kesihatan pak cik. Kami akan bayar kos penjagaan setiap bulan termasuk ubat-ubatan.

“Semoga pak cik cepat sembuh dan bersemangat. Begitulah ujian hidup. Saat datang tiada siapa peduli dengan kita. Rezeki dapat beri sedikit khidmat padanya,” luah Ebit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI