fbpx

Dulu ceria, kini Nafisyah terlantar kerana kanser otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Nafisyah yang lemah selepas disahkan menhidap kanser otak pada Mac lalu.

MELAKA – Kehidupan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang sebelum ini ceria bertukar lemah dalam sekelip mata selepas disahkan menghidap kanser otak pada Mac lalu.

Mariaana Jalil, 39, berkata, anaknya, Nafisyah Suraya Mazlan pada awalnya dikesan mempu­nyai ketumbuhan di kepala ketika berumur dua tahun dan telah menjalani pembedahan mema­sukkan tiub.

Katanya, tiub berkenaan untuk menyalurkan lebihan air di kepala anaknya ke perut bagi mengeluarkannya air secara semula jadi.

“Selepas masukkan tiub dia (Nafisyah) sihat dan menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain selain masuk ke prasekolah pada usianya lima tahun.

“Bagaimanapun pada hujung Mac lalu, Nafisyah secara tiba-tiba menjadi lemah termasuk tidak boleh berdiri sendiri, muntah dan mengadu sakit di bahagian kepala,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Mariaana, hasil ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) yang dilakukan ke atas anak bongsu daripada dua ­beradik itu mengesahkan, Nafisyah menghidap kanser otak tahap satu.

“Minggu lalu, Nafisyah telah menjalani pembedahan bagi menukar tiub di kepalanya dan sehingga kini doktor masih menilai keadaannya sebelum memutuskan rawatan selanjutnya bagi penyakit kanser otak termasuk kemoterapi,” ujarnya.

Cerita Mariaana, keadaan Nafisyah yang lemah dan terlantar serta masih dirawat di Hospital Melaka menyebabkan dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan bagi me­nguruskan permata hatinya.

“Saya bekerja di sebuah pusat beli-belah, manakala suami, Mazlan Abdul Jalil, 56, kini terlantar di rumah selepas diserang strok pada hujung Januari lalu akibat terjatuh di kediaman mereka.

“Suami ada dapat faedah Skim Keilatan sebanyak RM1,500 sebulan dan wang itulah yang digunakan untuk menampung kos rawatan dan lampin pakai buangnya,” luahnya.

Ketika ini, kata Mariaana, ibu dan bapanya yang banyak membantu mengurus suami dan anak sulungnya di rumah sementara dirinya menjaga keperluan Nafisyah di hospital.

“Sejujurnya risau dengan keadaan Nafisyah, rindu melihat senyumannya, harap dia kembali sihat.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbanganm menerusi akaun Maybank 104013012967 (Mariaana) atau hubunginya di talian 017-360 8123.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI