fbpx

Cristiano Ronaldo berkeras mahu berhijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO tiba di pusat latihan Carrington bersama Mendes kelmarin untuk mengadakan rundingan. – AFP

MANCHESTER – Cristiano Ro­naldo tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan Manchester United pada jendela kali ini biarpun pengurus legenda, Alex Ferguson dilapor menyertai perbincangan antara pemain itu dan kelab terbabit.

Ronaldo, 37, tidak menyertai sesi latihan pramusim bersama United apabila dilaporkan sedang cuba mencari kelab baharu yang mampu memberinya peluang beraksi di Liga Juara-Juara bersama ejennya, Jorge Mendes.

Kelmarin, kapten Portugal itu tiba di pusat latihan Carrington untuk mengadakan perbinca­ngan mengenai masa depannya bersama Ketua Pegawai Eksekutif United, Richard Arnold yang turut disertai Ferguson yang dipercayai untuk memujuk Ronaldo untuk kekal.

Bagaimanapun, perjumpaan pertama ini menyaksikan Ro­naldo kekal dengan pendiriannya untuk meninggalkan Old Trafford dan mencari pasukan lain

United juga kekal dengan keputusan mereka mahu Ro­naldo terus kekal dan memainkan pe­ranan penting di bawah kendalian Erik Ten Hag menyebabkan perbincangan itu menemui jalan buntu ketika saingan Liga Perdana Inggeris bakal berlangsung dalam tempoh 12 hari.

Ejen Ronaldo, Mendes sebelum ini bekerja keras menawarkan peluang kepada beberapa pasukan seperti Chelsea, Ba­yern Munich dan Paris Saint-Germain untuk mendapatkan pemain itu, tetapi hasrat mereka itu ditolak.

Atletico menjadi pasukan terakhir yang dikaitkan dengan Ro­naldo, namun presiden kelab berkenaan, Enrique Cerezo mengakui bahawa kemungkinan tersebut adalah hampir mustahil sekali gus menutup satu lagi harapan untuk pemenang lima anugerah Ballon d’Or itu.

Ronaldo ketika ini memiliki baki kontrak selama 12 bulan di Old Trafford dengan pilihan untuk lanjutan kontrak selama semusim lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI