fbpx

Bomba keluarkan bayi terkunci dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba ketika menyelamatkan bayi berusia 10 bulan yang terperangkap di dalam kereta di Jitra, hari ini.

JITRA – Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia 10 bulan yang terperangkap akibat pintu kereta terkunci di pekarangan sebuah rumah di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan berhubung insiden itu pada pukul 7.40 pagi tadi.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Sezali Hassan dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi didapati seorang bayi berusia 10 bulan terperangkap di dalam kereta jenis Honda City yang terkunci. Anggota kemudian membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas. ,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pperasi tamat pada pukul 8.34 pagi setelah pintu kenderaan berjaya dibuka dan bayi lelaki yang sedang tidur nyenyak itu diselamatkan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI