fbpx

Beribu-ribu tan pakaian ‘bundle’ Britain jadi longgokan sampah di Ghana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbunan sampah pakaian dari Britain ini digelar sebagai Obroni W’awu atau pakaian orang kulit putih yang telah mati. - Shutterstock

ACCRA, Ghana – Beribu-ribu tan pakaian terpakai yang ‘didermakan’ oleh Britain kepada negara miskin, Ghana bertukar malapetaka apabila menjadi timbunan sampah yang memenuhi pantainya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Bungkusan pakaian dikenali penduduk tempatan sebagai ‘Obroni W’awu’ atau ‘pakaian orang kulit putih mati’ itu dibeli secara pukal oleh penduduk tempatan dengan harapan dapat menemui beberapa helai baju atau seluar berkualiti baik untuk dijual semula.

Apa-apa sahaja yang tidak lagi bernilai atau tidak laku di gerai-gerai di Pasar Kantamanto yang terletak dekat dengan pantai, akan dibuang dan akhinya menjadi timbunan sampah setinggi 9  meter.

Bermula dari situ, arus akan menghanyutkan sampah pakaian itu ke Lagun Korle dan seterusnya ke laut.

Organisasi bantuan menganggarkan sebanyak 40 peratus pakaian yang tiba di Ghana dibazirkan dengan cara  seperti itu.

Masalah menjadi semakin buruk apabila anak-anak muda yang mementingkan trend tetapi tidak memiliki banyak wang, berlumba-lumba memenuhi almari pakaian mereka dengan barangan fesyen terpakai itu.

Britain adalah pengeksport pakaian terpakai kedua terbesar di dunia, sebahagian besarnya disebabkan penduduknya mengitar semula 70 peratus pakaian mereka sekali gus antara kadar tertinggi di mana-mana negara.

Kebanyakan baju kitar semula itu disumbangkan kepada kedai amal atau diletakkan ke dalam tong kitar semula atau beg oleh penduduk tempatan yang berniat baik dan  menganggap mereka melakukan sesuatu yang baik.

Separuh daripada keseluruhan pakaian terpakai itu  dijual semula secara tempatan dan bakinya akan dieksport. Pakaian terpakai untuk eksport  itu dibungkus dalam guni besar dan dijual pada harga serendah £100 (RM542) setiap tan kepada sesiapa yang sanggup mengambilnya.

Kebanyakannya bungkusan tersebut berakhir di Ghana, di mana peniaga tempatan membeli lebih daripada AS$80 juta (RM356 juta) pakaian terpakai Britain untuk  tahun lepas sahaja. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI