fbpx

Barcelona cetus berang Chelsea, halang perpindahan dua pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOUNDE dikatakan lebih berminat menyertai Barcelona apabila bersetuju dengan terma peribadi ditawarkan biarpun Chelsea dan Sevilla sudah menemui kata sepakat. – AFP

LONDON – Chelsea dilaporkan menghalang proses perpindahan dua pemain mereka, Marcos Alonso dan Cesar Azpilicueta ke Barcelona ekoran berang dengan tindakan gergasi Sepanyol itu membuat tawaran baharu mendapatkan Jules Kounde.

Kounde yang menjadi buruan Chelsea dilaporkan semakin hampir menyertai pasukan itu selepas kelabnya, Sevilla bersetuju de­ngan tawaran diberikan, namun Barcelona dikatakan cuba ‘masuk jarum’ untuk menghalang perpindahan berkenaan.

Kira-kira 11 jam Chelsea membuat tawaran yang diterima Sevilla secara prinsip, Barcelona dilapor membuat tawaran baharu dan terma peribadi yang diberikan telah dipersetujui oleh Kounde sendiri.

Situasi itu menimbulkan kemarahan Chelsea yang sebelum ini turut terlepas peluang meng­ikat pemain sayap Leeds United, Raphinha yang membuat keputusan untuk berhijrah ke Camp Nou biarpun rundingan kedua-dua kelab itu mencapai kata sepakat.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel dalam kenyataannya mengakui akan melakukan sedaya upaya untuk menghalang perpindahan Azpilicueta ke Barcelona yang didakwa berpunca daripada ketegangan tersebut.

Chelsea ketika ini terdesak untuk mendapatkan pemain pertahanan baharu selepas kehila­ngan Andreas Christensen dan Antonio Rudiger biarpun sudah mendapatkan khidmat Kalidou Koulibaly.

Mereka merancang untuk membawa masuk Kounde sebagai tenaga baharu di bahagian benteng dan mungkin akan melepaskan salah seorang sama ada Alonso atau Azpilicueta ke Camp Nou biarpun Barcelona berminat untuk mendapatkan kedua-­­d­ua­nya sekali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI