fbpx

Banjir Baling: Lima rumah terjejas akibat limpahan Sungai Kupang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah di Kampung Iboi, Baling yang dinaiki air akibat limpahan Sungai Kupang pada petang tadi.

BALING – Sekurang-kurangnya lima buah rumah di Kupang dilanda banjir kilat akibat limpahan Sungai Kupang susulan hujan lebat di Gunung Inas dan kawasan sekitarnya pada petang tadi.

Rumah yang terjejas terletak di Kampung Iboi, Kampung Masjid Iboi dan Padang Empang.

Selain itu, air sungai di kawasan jambatan Bailey juga didapati telah melimpah ke jalan raya pada malam ini.

Ketua Kampung Iboi, Nor Mohamad Husin berkata, beberapa langkah segera telah diambil bagi memastikan tahap keselamatan penduduk di tiga kampung terlibat terjamin.

“Beberapa penduduk dari tiga buah rumah yang dikesan berisiko tinggi dinaiki air telah dipindahkan ke tempat selamat.

“Dua keluarga dari Kampung Padang Empang dan Iboi telah diminta berpindah ke rumah sewa yang telah kita cari manakala sebuah keluarga dari Kampung Masjid Iboi dipindahkan ke dewan buat sementara waktu,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, jika air sungai semakin naik, penduduk yang ditempatkan di dewan juga akan dipindahkan ke lokasi lain sekiranya kawasan itu juga didapati tidak selamat.

“Ketika ini pihak berkuasa dan penduduk dengan kerjasama penghulu serta wakil-wakil agensi lain sentiasa memantau keadaan penduduk sekiranya hujan berterusan.

“Pemantauan juga dilakukan oleh pihak polis dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jambatan Bailey akan ditutup sekiranya air melimpah ke laluan tersebut kerana bimbang akan mendatangkan bahaya,” ujarnya.

Dia pada masa turut berkongsi kebimbangannya dan penduduk lain berhubung kewujudan kolam takungan di Gunung Inas yang berisiko pecah seterusnya menyebabkan bencana kepala air berulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI