fbpx

Amaran ribut petir di Selangor dan Johor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Selangor dan Johor pada pagi ini sehingga pukul 12 tengah hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, kawasan terlibat di Selangor ialah Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat manakala, Johor melibatkan Batu Pahat dan Pontian.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya pada hantaran Facebook hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI