fbpx

4,503 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam mencatatkan sedikit penurunan kepada 4,503 kes dengan enam kes import berbanding 4,749 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus tersebut di Malaysia sebanyak 4,626,332 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, terdapat pertambahan sebanyak 646 kes aktif Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 46,906 namun sebanyak 3,547 kes sembuh turut dilaporkan di seluruh negara.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi semalam iaitu sebanyak 1,706 kes diikuti Kuala Lumpur (989), Perak (306), Pulau Pinang (265), Sabah (238), Negeri Sembilan (173), Melaka (171), Kedah (159), Johor (120) dan Putrajaya (100).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Sarawak (81), Pahang (74), Kelantan (62), Terengganu (42), Labuan (11) dan Perlis (enam),” demikian data yang dikongsikan hari ini.

Menurut data tersebut, sebanyak 14 kematian dilaporkan dengan empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,942 dan BID 7,635.

Sebanyak 45,318 kes dikuarantin di rumah, 24 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,505 kes di hospital, 29 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 30 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI