WASHINGTON – Seorang wanita berusia 51 tahun di Amerika Syarikat berjaya mencapai impian untuk menjadi ibu setelah melahirkan dua anak ketika mengalami peralihan menopaus, lapor akhbar New York Post semalam.
Wanita dipanggil ‘Em’ itu berkongsi beberapa klip video dalam aplikasi TikTok mengenai pengalamannya menjadi ibu ketika sudah berusia dan menyukainya.
“Keajaiban memang berlaku. Dia (anak) berumur satu tahun dan saya berusia 51 tahun.
“Melahirkan anak semasa menopaus adalah perkara terbaik pernah berlaku kepada saya!,” tulis Em dalam satu klip video di mana dia kelihatan gembira mendukung anak perempuannya.
Dalam satu klip video berasingan, Em menjelaskan bagaimana dia melahirkan bayinya pada usia 50 tahun.
“Saya tidak terlepas satu saat pun daripada detik-detik itu. Kehidupan bersamanya pasti akan menjadi perlahan dan akan menikmatinya,” katanya.
Video-video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Saya berusia 43 tahun dan ingin berkahwin semula serta mahukan seorang anak. Ini menunjukkan impian saya tidak mustahil. Saya gembira untuk kamu,” kata seorang netizen.
“Ibu saya melahirkan saya ketika berusia 50 tahun. Saya adalah antara kanak-kanak yang paling bertuah,” komen netizen lain.
Em mengandung pada usia 48 dan 49 tahun. – Agensi