fbpx

Rakan perempuan mangsa rogol enam lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash (tengah) memotong riben simbolik merasmikan Balai Polis Pulau Pangkor hari ini.

LUMUT – Seorang remaja perempuan yang juga rakan kepada mangsa yang didakwa dirogol enam lelaki 18 Julai lalu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, penahanan remaja berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan kepada tujuh orang.

Menurut beliau, kesemua suspek kes masih ditahan bagi membantu siasatan dan pihaknya juga masih menunggu arahan lanjut daripada pihak pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk proses seterusnya.

“Kita turut menahan remaja perempuan yang juga rakan kepada mangsa yang membawa suspek lelaki berjumpa dengan mangsa.

“Kita sudah serahkan kertas siasatan kepada TPR dan diminta untuk mengambil beberapa tindakan. Kita akan merujuk semula kertas siasatan kepada pihak TPR untuk arahan pertuduhan,” katanya pada Majlis Perasmian Balai Polis Pulau Pangkor di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, enam lelaki ditahan selepas didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah pada 18 Julai lalu.

Semua suspek berkenaan ditahan di sekitar Ipoh susulan laporan polis dibuat ibu mangsa selepas menemui anak perempuannya itu dalam keadaan khayal di rumah berkenaan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas penceramah bebas yang didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun selepas suspek diserahkan kepada Polis Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI