fbpx

PrettyAini aktif perluas cawangan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – PrettyAini bercadang untuk membuka sebuah cawangan terbaharunya di pusat beli-belah di Shah Alam, Selangor dalam usaha meluaskan penguasaan pasarannya seiring perkembangan ekonomi yang bertambah baik.

Pengasas syarikat, Noraini Mustafa berkata, cawangan terbaharu yang akan dibuka pada bulan September itu akan menawarkan pelbagai bara­ngan berkaitan umrah dan haji, jualan telekung dan tudung bersesuaian untuk memenuhi kehendak serta gaya hidup pe­langgan.

Buat masa ini, syarikat yang telah berada di pasaran sejak enam tahun lalu dan beribu pejabat di Jalan Tunku Abdul Rahman dan juga sebuah cawangan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur memiliki pe­nguasaan pasaran yang kukuh selain disokong oleh komitmen lebih daripada 200 ejen di seluruh negara.

“Kami juga bercadang untuk meluaskan rangkaian syarikat melalui konsep francais atau perlesenan pada tahun depan atau mungkin dalam tempoh dua tahun akan datang, bagaimanapun kami kini dalam usaha untuk memperkukuhkan jenama syarikat,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Noraini menerangkan, produk keluaran di bawah jenama PrettyAini menawarkan produk bermutu tinggi khususnya kelengkapan ke­perluan menunaikan haji dan umrah seperti ihram yang dibuat 100 peratus daripada kain kapas serta telekung yang berse­suaian dipakai di Tanah Suci pada suhu setinggi 50 darjah Celsius.

Tambah beliau, telekung yang ditawarkan dalam pelbagai kategori itu turut memiliki satu jenis yang popular iaitu telekung magnet yang padat dengan ciri keselesaan maksimum ketika bersolat.

“Harga yang ditawarkan juga berpatutan kerana kami memiliki sebuah kilang di Gombak, Selangor,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI