KOTA BHARU – Seorang penyeludup minyak masak peket mendedahkan dia mampu meraih keuntungan sehingga RM4,000 dengan menjual 100 kotak produk bersubsidi itu yang berisi 17 peket setiap kotak di pasaran Thailand. Lelaki tempatan yang dikenali sebagai Rin, 47, memberitahu, dia memperoleh bekalan daripada pemborong di negeri ini yang sanggup menjual minyak masak peket kepada mereka kerana tawaran harga yang tinggi. Katanya, pemborong membeli minyak masak bersubsidi tersebut daripada pengeluar pada harga kira-kira RM40 sekotak. “Bagaimanapun, penyeludup sanggup membeli dengan pemborong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya