fbpx

Pengadil tidak sengaja sepak pemain – FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Suhaizi seolah-olah menyepak Fazly pada aksi suku akhir Piala FA di Stadium Likas Sabtu lalu.

PENGADIL perlawanan aksi suku akhir Piala FA antara Sabah dan Selangor pada Sabtu lalu, Suhaizi Shukri hanya diberikan amaran keras selepas satu vi­deo tular menunjukkan pegawai berkenaan seperti menyepak pemain Red Giants, Fazly Mazlan.

Penelitian dan siasatan yang dibuat Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil Persatuan Bola Ssepak Malaysia (FAM) merumuskan bahawa insiden itu hanya tindak balas spontan tanpa sebarang niat untuk menyepak pemain tersebut.

MOHD. SAIFUDDIN

Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar berkata, reaksi spontan itu berlaku selepas Fazly memijak kaki Suhaizi, malah pengadil itu turut mengakui kejadian berkenaan.

“Jawatankuasa Penilaian Pres­tasi Pengadil FAM tetap memberikan amaran keras kepada Suhaizi supaya tidak mengulangi sebarang tindakan sedemikian.

Suhaizi telah memohon maaf kepada FAM, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Jawatankuasa Pengadil FAM dan juga peminat serta penyokong bola sepak tanah air atas kejadian yang tidak disengajakan itu.

“Beliau (Suhaizi) mengambil iktibar atas perkara ini dan berjanji agar lebih berhati-hati terhadap sebarang kejadian tidak diingini. Namun secara keseluruhan, beliau telah mengendalikan perlawanan Sabah FC dan Sela­ngor FC dengan cukup baik dan kita tidak terima sebarang aduan atau bantahan daripada kedua-dua pasukan mengenai prestasi pengadil berkenaan,” katanya.

Pada kejadian minit ke-45 itu, Fazly telah dilayangkan kad ku­ning kerana tidak menunjukkan semangat kesukanan dengan kesalahan mengganggu atau menggagalkan serangan Sabah FC seterusnya melakukan bantahan hingga tercetusnya situasi me­nunjukkan Suhaizi bertindak balas seolah-olah menyepak kaki pemain berkenaan.

Suhaizi, 43, adalah seorang pengadil cukup berpengalaman dan bergelar Pengadil FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) sejak 2011 dan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan disiplin atau melakukan kesilapan besar sepanjang bertugas sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa.

Mohd. Saifuddin juga memaklumkan Suhaizi sudah pun menjelaskan yang tiada sebarang sentuhan terhadap Fazly.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI