fbpx

Newcastle berpeluang ikat Julien Draxler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAXLER perlu mendapatkan pasukan baharu selepas khidmatnya dikatakan tidak lagi diperlukan di Parc des Princes. – AFP

LONDON – Newcastle United dilaporkan sedang mengadakan rundingan bersama Paris Saint-Germain dan ejen Julian Draxler untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan pada jendela perpindahan kali ini.

Setakat ini, The Magpies ha­nya berjaya mendapatkan tandatangan Sven Botman dari Lille, namun tewas kepada PSG dalam usaha mendapatkan penyerang muda, Hugo Ekitike

Biarpun masih memiliki kontrak sehingga 2024, Draxler dilapor tidak lagi diperlukan oleh PSG yang tidak keberatan untuk melepaskan khidmatnya sekali gus membantu Newcastle menambah kekuatan jentera serangan pasukan berkenaan.

PSG dilaporkan mungkin meletakkan tanda harga sekitar £17 juta (RM91.14 juta) hingga £25.5 juta (RM136.71 juta) selain Draxler juga terdesak untuk mendapatkan kelab yang mampu memberikan minit permainan yang lebih banyak untuk dipilih dalam skuad Jerman ke Piala Dunia di Qatar.

Sekiranya berjaya mendapatkan Draxler, Newcastle bakal mendapat manfaat besar terutama dia bakal menjadi antara nama besar pertama menyertai pasukan itu sekali gus membuka jalan untuk pemain berprofil tinggi lain yang akan tiba di St. James Park.

Pada usia 28 tahun, Draxler dilihat mampu menyumbang sesuatu buat Newcastle dan membuktikan kemampuannya beraksi di Liga Perdana Inggeris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI