fbpx

Lima tahun hidu bau busuk sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (kanan) dan Md. Norhalim melihat timbunan sampah yang dibuang di simpang masuk di Kampung Palembang Baru, Kluang baru-baru ini.

KLUANG – Sikap segelintir penduduk yang tinggal berdekatan Kampung Palembang Baru dekat sini amat dikesali kerana menjadikan simpang masuk ke pe­nempatan berkenaan sebagai tempat pembuangan sampah.

Kejadian itu bukan baru berlaku, namun sudah berulang kali sejak lebih lima tahun lalu walaupun pelbagai tindakan serta kerja-kerja pembersihan telah dilakukan.

Ketua Kampung Palembang Baru, Ismail Sajidon berkata, hasil daripada intipan mendapati, kerja pembuangan sampah itu dilakukan oleh penduduk luar daripada kampung tersebut dan dipercayai mereka yang tinggal berhampiran.

Katanya, antara barang-barang yang dibuang di situ adalah peralatan perniagaan, pakaian terbuang selain sisa makanan harian serta kelengkapan industri.

“Saya amat kesal dengan kejadian seperti ini kerana memberikan gambaran buruk kepada penduduk, seolah-olah kami yang membuang sampah ini.

“Pembuangan sampah se­perti ini boleh mengakibatkan pelbagai penyakit berjangkit kepada penduduk selain pembiakan nyamuk aedes selain lalat,” katanya selepas membuat tinjauan di lokasi itu bersama Ketua Whip Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Md. Norhalim Md. Amin baru-baru ini.

Sementara itu, Md. Norhalim berkata, kawasan pembuangan sampah haram itu bukan di bawah tanggungjawab MPK.

Bagaimanapun, Md. Norhalim memberitahu, pihaknya akan memanjangkan permasalahan itu kepada pihak Pejabat Daerah Kluang dan Swcorp untuk tindakan selanjutnya.

“Saya juga berharap penduduk berhampiran tidak mengambil jalan mudah dengan membuang sampah sesuka hati kerana sudah ada pihak yang ditugaskan memungut sampah di kediaman masing-masing,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI