fbpx

Lebih 100 mod senaman dalam jam pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANTI ini menawarkan keupayaan menjejak laluan secara lebih tepat apabila melakukan aktiviti lasak.

JAM tangan pintar yang mempunyai pelbagai kegunaan kini semakin menjadi pilihan pengguna.

Oleh sebab itu, Honor tidak pernah ketinggalan dengan syarikat-syarikat besar lain untuk mengeluarkan peranti tersebut di pasaran pada masa ini.

Terbaharu, syarikat berkenaan memperkenalkan jam tangan pintar terkini iaitu Honor Watch GS 3 dengan menampilkan inspirasi rekaan berdasarkan mekanikal tradisional.

Mempunyai rekaan yang bergaya dan elegan, jam pintar ini dihasilkan dengan kualiti bahan seperti besi tahan karat 316L.

Selain itu, jam ini juga direka untuk memberi keselesaan sepanjang hari kepada pengguna dengan beratnya hanya 44gram dan ukuran lebar pula 10.5 milimeter.

Peranti pintar ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan emas.

Dalam pada itu, peranti terbaharu itu dilengkapi dengan modul sensor Photoplethysmography (PPG) lapan saluran yang dapat mengesan isyarat optikal dengan tepat.

Ia juga dibina dengan teknologi AI Heart Rate Monitoring Engine, yang menggabungkan pelbagai algoritma untuk menyah bunyi semasa bersenam, selain menambah baik ketepatan fungsi pemantauan kadar denyutan jantung seseorang.

Apa yang lebih menarik adalah, jam tangan pintar ini mampu menyokong lebih 100 mod senaman.

Selain itu, ia turut menawarkan keupayaan menjejak laluan secara tepat dan manfaat daripada binaan dalaman L1/L5 Dual Frequency GNSS atau sistem navigasi satelit global apabila berlari, berbasikal dan mendaki bukit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI