fbpx

KL City tamat kemarau kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain-pemain KL City meraikan jaringan pada perlawanan Liga Super 2022 KL City menentang Kedah, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur (KL) City menamatkan kemarau kemenangan dalam saingan Liga Super selepas membenam Kedah Darul Aman (KDA) 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras hari ini.

Keputusan itu pastinya membuatkan ketua jurulatih KL, Bojan Hodak tersenyum memandangkan kali terakhir mereka mencatat kemenangan dalam saingan Liga Super adalah pada 17 Mei lalu menewaskan Sarawak United.

Pada perlawanan itu, KL yang turun sebagai tuan rumah bermula garang apabila hampir mendahului seawal minit keenam menerusi percubaan Romel Morales dan Fakrul Aiman Sidid yang sekadar menggegarkan tiang gol.

Kemudian, perlawanan dilihat lebih seimbang walaupun KL dianggap pasukan lebih berbahaya menerusi gerakan-gerakan yang dilakukan Morales dan Fakrul Aiman dalam kawasan Kedah.

Ketika perlawanan menghampiri separuh masa pertama, pemain muda Kedah, Aiman Afif Md. Afizul meletakkan pasukan Helang Merah 1-0 di depan apabila menanduk masuk hantaran lintang yang dilakukan Syazwan Zainon.

Aksi separuh masa pertama juga menyaksikan kedua-dua pasukan masing-masing membuat satu pertukaran selepas penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal serta pemain pertahanan KL, Muhammad Mohd. Faudzi mengalami kecederaan.

Bersambung separuh masa kedua, skuad The City Boys kembali memperkemaskan permainan sebelum dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-54 selepas Kamal Azizi Mohamad Zabri dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Azmeer Aris Nor Rashid.

Penyerang KL, Jordan Mintah tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut menewaskan penjaga gol gantian Kedah, Shahril Sa’ari bagi kembali menyamakan kedudukan 1-1.

Empat minit berselang, Kedah pula dianugerahkan sepakan penalti selepas Kamal Azizi menampan bola menggunakan tangan, namun Ngah Wanja mensia-siakan peluang tersebut apabila sepakannya sekadar menggegar palang.

Mintah terus menambah derita Kedah apabila dia meletakkan pasukannya mendahului 2-1 selepas menanduk masuk hantaran lintang yang dilakukan Morales pada minit ke-72.

Walaupun Kedah melancarkan seranga bertali arus ke arah pintu gol KL, namun kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan, sekali gus tiga mata penuh buat pasukan tuan rumah.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI