fbpx

Kes kematian banduan, Penjara serah kepada siasatan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (dua dari kiri) menyampaikn hadiah kemenangan kepada penghuni penjara yang memenangi pertandingan Perujian Tilawah, Tafsir dan Menghafaz al-Quran serta Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2022 di Penjara Kluang, Johor hari ini.

KLUANG – Jabatan Penjara Malaysia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan berhubung kematian seorang banduan lelaki, di Penjara Kluang, 28 Jun lalu.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional), Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata, tindakan tegas akan diambil, namun masih mengikut undang-undang sedia ada sekiranya terbukti berlaku kesalahan dari pihak penjara.

Katanya, bagaimanapun pihaknya akan menyerah sepenuhnya siasatan kepada pihak polis sebelum sebarang tindakan selanjutnya diambil.

“Sekiranya pelanggaran prosedur berlaku kita kenalah ikut undang-undang, tindakan mahkamah akan diambil dan yang paling rendah adalah tindakan tatatertib

“Namun selagi tidak dibuktikan perkara ini salah, kita tidak boleh ambil tindakan, tunggu siasatan daripada pihak polis,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Penutup Ihtifal Kesenian Islam Perujian Tilawah, Tafsir dan Menghafaz al-Quran serta Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2022 di Penjara Kluang, dekat sini.

Abdul Aziz turut menggesa agar masyarakat tidak membuat sebarang andaian berkenaan kes berkenaan, selain menyatakan tidak timbul sebarang isu berkaitan layanan terhadap banduan di negara ini

Katanya, ia tertakluk kepada Akta Penjara 1995 selain mengikut peraturan hak asasi manusia antarabangsa serta beliau memberi jaminan kepada masyarakat bahawa intitusi penahanan negara adalah selamat.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan sudah mengambil keterangan 12 individu terdiri daripada tiga ahli keluarga, lima banduan di dalam sel yang sama serta empat kakitangan penjara bagi membantu siasatan kes kematian Kim Shih Keat, 36 tahun.

Shih Keat dijadualkan bebas daripada penjara Kluang pada 28 Jun lalu namun dilaporkan tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK)di Kluang namun disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI