fbpx

Kertas konsep DUN Belia Melaka dibentang Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VP. Shanmugam pada hari ketiga Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - FOTO: RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Kertas konsep Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Melaka akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk permohonan, peruntukan dan kelulusan pada Ogos hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP. Shanmugam memaklumkan, setakat ini status DUN Belia Melaka masih di peringkat pemurnian dan akan menggunapakai kaedah Parlimen Belia Malaysia.

Menurut beliau, perincian mengenai cadangan itu telah dibuat pada Mac dan perancangan lebih komprehensif akan mula dilaksanakan pada Oktober tahun ini.

“Antara perincian yang akan dilakukan adalah dengan mengadakan jawatankuasa pencalonan, pemilihan, penyelarasan, manakala bengkel penyelarasan diadakan pada minggu ketiga dan keempat bulan Ogos.

“Pemilihan calon DUN Belia akan dilaksanakan melalui kaedah iaitu pengundian menerusi laman sesawang khas yang akan dibuat untuk calon mendaftar mengikut DUN dan temu duga,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Datuk Khaidirah Abu Zahar (BN-Rim) berhubung status terkini pelaksanaan DUN Belia Melaka di Dewan Undangan Negeri Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.

Jelasnya, kaedah temu duga akan membabitkan pencalonan pemimpin belia yang aktif dalam persatuan.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan dikemukakan Fairul Nizam Roslan (BN-Asahan) mengenai kriteria pemilihan, Shanmugam memaklumkan, had umur DUN Belia adalah 18 hingga 35 tahun.

Jelasnya, had umur yang sepatutnya hingga 40 tahun dipendekkan kepada maksimum 35 tahun berikutan penurunan di peringkat Parlimen.

“Sementara itu, belia yang aktif tidak bermaksud mereka menyertai gabungan majlis belia sahaja, malah daripada persatuan juga dibolehkan sekiranya mereka mempunyai sokongan belia di kawasan tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI