fbpx

Kerajaan negeri teliti pembinaan bangunan sekolah pondok Madrasah Al-Imaniyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Ibrahim Syed Ahmad (tengah) menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada wakil pondok Madrasah Al-Imaniyah di Kampung Sungai Ular di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kerajaan negeri bersedia membantu membina semula bangunan sekolah pondok Madrasah Al-Imaniyah di Kampung Sungai Ular di sini yang musnah dalam kebakaran pada 24 Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, perkara itu bagaimanapun akan diteliti dengan terperinci terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

“Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah meminta Yayasan Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) mengkaji apa yang boleh dibantu bagi pembinaan bangunan dengan nasihat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Sekiranya perkara ini boleh menjadi kenyataan ia akan memberikan lebih keselesaan kepada 100 pelajar di pondok ini,”katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai kepada sekolah pondok berkenaan di sini hari ini.

Ahad lalu sebanyak 33 buah pondok tahfiz Madrasah Al-Imaniayah dekat Kampung Darat Sungai Ular di sini musnah dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 9 pagi.

Menurut Syed Ibrahim, kerajaan negeri akan cuba membantu mengatasi masalah struktur bangunan di madrasah berkenaan agar ia mengikut spesifikasi keselamatn di tetapkan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi namun usaha itu akan mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan kerana membabitkan banyak perkara dan pelbagai pihak yang terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI