fbpx

Kelab mana lagi mahukan Ronaldo?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronaldo sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke Atletico Madrid.

KEHADIRAN dua bintang terbaik dunia, Lionel Messi yang berusia 35 tahun dan Cristiano Ronaldo, 37, pada era ini sedikit sebanyak memberi keseronokan kepada generasi sekarang untuk menikmati bola sepak.

Kedua-dua mereka bermain secara maksimum. Menariknya, masing-masing sering memerhati satu sama lain dari jauh untuk menjadikan diri lebih baik. Ada kalanya mereka mencipta sensasi hingga ke tahap seolah-olah mereka adalah abadi, namun ada sesuatu yang tidak kena terutamanya Ronaldo.

Selepas meninggalkan Sepanyol, Messi dilihat bahagia bersama Paris Saint-Germain. Sebaliknya, Ronaldo bergelut sejak meninggalkan Real Madrid kerana tidak dapat mencari pasukan bagus bagi meningkatkan rekod dan menjulang egonya.

Ronaldo terdesak mencari pasukan seperti tahun lepas. Baik Juventus mahupun Manchester United, kedua-dua kelab gergasi itu tidak mampu memenuhi harapannya.

Bagaimanapun, Ronaldo tidak mampu menahan diri apabila mendengar lagu Liga Juara-Juara berkumandang.

Selepas dilanda spekulasi berminggu-minggu, Ronaldo hanya ada dua pilihan lagi pada musim panas ini sama ada berpindah ke Atletico Madrid atau kekal di United.

Sejak awal bulan ini, Ronaldo menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Old Trafford disebabkan kegagalan United melayakkan diri ke Liga Juara-Juara selain didakwanya kurang bercita-cita dalam pembelian pemain pada jendela perpindahan semasa.

Khabar angin pertama, Ronaldo dikatakan dipantau kelab gergasi Jerman, Bayern Munich sebelum dikaitkan dengan empayar baharu Chelsea, bagaimanapun kedua-dua pasukan itu menutup pintu daripada menandatanganinya.

Kemudian, penyerang sensasi itu ditawarkan ke Barcelona, dakwa satu laporan pada Rabu lepas, namun The Catalan sudah melengkapkan perpindahan penyerang berbisa, Robert Lewandowski.

Nama Ronaldo juga disebut-sebut ramai akan kembali ke Real Madrid tetapi kelab The Galaticos itu sudah lama menjauhkan diri selain bintang itu sendiri memutuskan tidak akan kembali ke kelab asalnya, Sporting Lisbon.

Bagaimanapun, muncul nama Atletico baru-baru ini disebut sebagai destinasi paling ideal buatnya, malah laporan menyebut kelab Los Colchoneros amat berminat dan sanggup menjual penyerang Perancis, Antoine Griezmann untuk membiayai perpindahan.

Ronaldo turut dilaporkan bersedia dipotong 30 peratus gajinya bagi memastikan perpindahan tersebut tercapai.

Dari sudut pandangan lain, perpindahan itu bakal menjadi kontroversi dan pasti tidak direstui para penyokong setia Atletico yang melancarkan kempen #ContraCR7 bagi menolak penyerang tersebut memandangkan Ronaldo menghabiskan majoriti kariernya bersama musuh abadi, Real Madrid.

Difahamkan, perpindahan Ronaldo ke Atletico adalah sebagai pinjaman selama semusim dan bintang Portugal itu perlu kembali bersama United pada tahun berikutnya.

Kisah betapa terdesaknya bintang dunia itu pada masa ini memang mengejutkan semua pihak tetapi masih belum dapat dipastikan sama ada Ronaldo bersetuju ke Atletico Madrid atau kekal di Manchester United. Ke mana agaknya destinasi Ronaldo?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI