fbpx

Jual rokok kepada individu lahir tahun 2007 ke atas boleh didenda, penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR – Mana-mana individu yang menjual atau mempamerkan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau kepada individu yang lahir pada 1 Januari dan seterusnya dicadang didenda tidak lebih RM30,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Perkara itu dimasukkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini.

Berdasarkan draf RUU itu, individu didapati melakukan kesalahan kali kedua dan berikutnya menjual serta mempamerkan produk tembakau, kepada individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya pula dicadang didenda tidak lebih RM30,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan itu untuk kali pertama, dicadang dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya pula, pertubuhan perbadanan, boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI