fbpx

Jose Mourinho mahu Eric Bailly di AS Roma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAILLY berada dalam senarai pemain yang sedia dilepaskan oleh United pada jendela perpindahan kali ini. – AFP

ROM – Pengendali AS Roma, Jose Mourinho dilaporkan sa­ngat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Manchester United, Eric Bailly yang telah beberapa kali dikaitkan dengan pasukan itu sepanjang jendela perpindahan kali ini.

Bailly menjadi salah satu daripada tiga pemain pertahanan United yang dibenarkan untuk mencari kelab lain bersama Phil Jones dan Axel Tuanzebe selepas pasukan itu berjaya mendapatkan khidmat Lisandro Martinez dari Ajax.

Perkembangan itu menyaksikan Bailly akan mengadakan perbincangan bersama pengendali United, Erik Ten Hag untuk mendapat pengesahan mengenai perancangan pasukan itu terhadap masa depan karier­nya.

Bailly menjadi pemain pertama ditandatangani oleh Mourinho pada 2016 ketika beliau dilantik sebagai pengurus The Red Devils dari Villarreal dan berjaya membuat 24 penampilan pada aksi Liga Perdana Inggeris pada musim pertamanya.

Bagaimanapun, siri kece­deraan berulang yang dialami menyaksikan Bailly gagal mempamerkan potensi sebenarnya dan sering tersisih daripada skuad utama pasukan ber­kenaan.

Sebelum ini, Mourinho telah berjaya mendapatkan tandatangan Nemanja Matic yang me­ninggalkan Old Trafford pada Jun lalu selepas kontraknya ber­akhir untuk menyertai seorang lagi pemain pertahanan United yang sudah berada di Roma iaitu Chris Smalling.

Bagaimanapun, Roma dilaporkan hanya berminat untuk mendapatkan khidmat Bailly dengan status pinjaman biarpun dia boleh dibeli pada harga £10 juta (RM53.79 juta) sahaja.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI