fbpx

Jong-hyuk jadi ‘musuh awam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOO JONG-HYUK

DRAMA Extraordinary Attorney Woo ketika ini sedang mendunia apabila mencatat rating tontonan paling tinggi berbanding beberapa K-Drama lain yang ditayangkan.

Di sebalik kegilaan peminat terhadap pasangan watak utama, ‘kebahagiaan’ peminat turut dihancurkan oleh satu watak penting lakonan Joo Jong-hyuk.

Dalam drama berkenaan, dia selalu tidak berpuas hati dengan layanan istimewa diterima Young-woo hanya kerana wanita itu seorang autistik. Meskipun sekadar lakonan, kebencian peminat benar-benar membuak terhadap Jong-hyuk sehingga dia ‘diserang’ dalam Instagramnya.

Peminat yang bencikan karakter negatifnya menggelarkan Jong-hyuk sebagai ‘musuh awam’ kerana telah mencacatkan jalan cerita Extraordinary Attorney Woo yang sangat sempurna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI