fbpx

Jadual padat, STAY risaukan Stray Kids

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Stray Kids.

PERTANDINGAN Idol Star Athletic Championship (ISAC) dilaporkan kembali berlangsung tahun ini selepas beberapa ketika ditangguhkan akibat pandemik.

Biarpun teruja melihat pertandingan membariskan para artis idola, namun ada peminat meluahkan kerisauan terhadap tahap kesihatan artis kesayangan mereka. Contohnya, peminat Stray Kids yang dikenali sebagai Stay.

Sebelum menyertai ISAC yang dijadualkan berlangsung bermula 30 Julai hingga 1 Ogos depan, Stray Kids mempunyai jadual yang cukup padat apabila terbang ke Jepun pada 26 dan 27 Julai bagi sebuah menjayakan konsert.

Bermakna, mereka hanya mempunyai dua hari untuk berehat sebelum mula menyertai penggambaran untuk ISAC.

Kerisauan peminat menggunung apabila tahap kesihatan beberapa anggota kumpulan itu tidak begitu memuaskan, tambahan pula baru-baru ini, Hyunjin mengalami kecederaan pada tangan kanan akibat terlanggar pintu.

Sementara Felix pula masih dalam proses penyembuhan sakit pada belakang dan Chan mengalami kecederaan pada lengan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI