fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 7 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk melibatkan tujuh negeri sehingga lewat petang hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan antara kawasan terkesan sekitar utara Semenanjung adalah Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim di Kedah.

Selain itu, di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Bagi negeri Perak pula, hujan lebat serta ribut petir tertumpu daerah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di Kelantan, ia turut melanda Bachok dan Pasir Puteh, manakala beberapa kawasan negeri Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, cuaca buruk sama juga berlaku di Hulu Selangor, Selangor.

Tambah MetMalaysia, di Sabah, ia merangkumi sekitar Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI