fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 4 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di empat negeri pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan antara negeri yang terlibat adalah Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sarawak.

“Bagi negeri Selangor, antara kawasan yang terlibat adalah Kuala Langat dan Sepang, serta keseluruhan kawasan di Putrajaya.

“Untuk Negeri Sembilan pula, kawasan yang terlibat adalah sekitar Port Dickson, manakala di Sarawak ia membabitkan kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song),” kata MetMalaysia.

Tambah MetMalaysia, keadaan cuaca tersebut dijangka berlaku sehingga pukul 10 pagi ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI