fbpx

Feichtenbeiner percaya misi getir menanti Selangor FC di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEICHTENBEINER (kanan) mahu anak-anak buahnya kembali fokus pada aksi Liga Super menentang Sri Pahang di Kuantan malam ini.

KEMAMPUAN Selangor ketika beraksi di gelanggang lawan sekali lagi bakal diuji apabila turun pada aksi Liga Super menentang Sri Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Berdasarkan lima aksi awal Liga Super di gelanggang lawan, Red Giants seakan-akan masih dihimpit masalah prestasi apabila tewas tiga kali termasuk di­belasah Johor Darul Ta’zim (JDT), 24 Jun lalu dan tunduk 2-0 kepada Melaka United (5 Julai).

Bagaimanapun, jika penilaian secara menyeluruh dibuat, pengendalinya, Michael Feichtenbeiner mula mendapat ramuan sebenar apabila mencatatkan rekod tanpa kalah dalam empat aksi terakhir termasuk menewaskan Sabah 2-0 pada suku akhir Piala FA, Sabtu lalu.

Kejayaan layak ke separuh akhir Piala FA pastinya menjadi modal buat Feichtenbeiner untuk cuba mengekalkan momentum, sekali gus merealisasikan misi memperbaiki kedudukan pada carta Liga Super.

“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar buat kami dan kami perlu tangguhkan sebentar hasrat untuk meraikan kejayaan pada Piala FA. Kami akan kembali fokus dan melakukan persiapan sebaik mungkin untuk hadapi perlawanan dengan Sri Pahang.

“Selangor memerlukan mata untuk naik ke kedudukan lebih baik dalam carta liga. Walaupun sukar, kami hanya mahukan aksi terbaik pada perlawanan kali ini,” katanya.

Sementara itu, pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh lebih berminat untuk menumpukan kepada usaha meningkatkan kecergasan pemain selepas kelemahan itu menghukum pasukan ketika tersingkir daripada Piala FA.

“Selepas ambil alih pasukan, saya memang sudah agak (masalah kecergasan) dan benda itu terbukti pada saingan Piala FA. Saya percaya kalau pemain lebih cergas, kita mampu bangkit semula.

“Walaupun tidak ada pe­nyingkiran, tidak bermakna kami boleh ambil sikap sambil lewa kerana paling penting kebangkitan dalam Liga Super akan dibawa ke Piala Malaysia. Apa yang penting pemain tidak boleh berputus asa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI