fbpx

Erik Ten Hag mula tegas tangani isu disiplin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG menggugurkan seorang pemain bintang United pada aksi pramusim di Australia kerana melanggar disiplin. – twitter manchester United

MELBOURNE – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mula mempamerkan ‘kukunya’ apabila dilaporkan menggugurkan salah seorang pemain bintangnya pada aksi pramusim kali ini ekoran dua kali terlambat menghadiri sesi perjumpaan pa­sukan itu.

Kehadiran Ten Hag untuk mengubah nasib United memperlihatkan kesan positif terutama ketika prestasi pramusim di nilai, malah pendekatan dan taktik yang digunakan mula digemari oleh para pemain, tetapi beliau juga dianggap sebagai individu yang tidak berkompromi mengenai isu disiplin.

Ketika aksi pramusim yang sedang berlangsung ketika ini, dilaporkan terdapat seorang pemain yang tidak didedahkan identitinya terlewat untuk hadir pada sesi perjumpaan pasukan itu.

Pemain berkenaan berada dalam perancangan Ten Hag untuk aksi di Australia, namun masalah disiplin tersebut menyebabkan bekas jurulatih Ajax Amsterdam itu bertindak menggugurkannya.

“Apabila anda gagal menuruti peraturan dan disiplin di luar padang, ia akan memberikan kesan ketika di dalam padang. Saya sangat teliti mengenai isu seperti ini.

“Saya beritahu pemain apa yang saya jangkakan. Saya meletakkan standard yang tinggi kerana anda bermain untuk Manchester United, jadi anda perlu memikul tanggungjawab itu sepanjang berada di sini,” katanya sebelum ini.

Biarpun ia dilihat agak tegas, beberapa pemain United terma­suk David De Gea dan Bruno Fernandes mengakui menyenangi cara Ten Hag dan bersetuju de­ngan tindakan yang dikenakan terhadap mereka yang melanggar disiplin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI