fbpx

Elektrik terputus: Bomba Selangor terima 11 kes terperangkap dalam lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang membantu mangsa yang terperangkap di dalam lif hari ini.

PETALING JAYA – Bomba Selangor menerima sebanyak 11 laporan berhubung insiden terperangkap di dalam lif susulan gangguan bekalan elektrik yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima insiden terperangkap dalam lif sekitar pukul 12.50 tengah hari hingga 1.47 petang membabitkan beberapa kawasan perumahan bertingkat dan pasar raya di negeri ini.

“Antara mangsa yang dilaporkan adalah seorang lelaki obesiti yang berusia 68 tahun dan wanita berusia 57 tahun yang mengalami masalah kesihatan.

“Kita bantu mereka untuk turun dari tingkat lima sebuah klinik ekoran ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan lif tidak berfungsi,” ujarnya hari ini.

Menurutnya, panggilan kecemasan yang diterima termasuk di Jaya One dan Centre Stage, Seksyen 13, Petaling Jaya; Kondo Liberty, Ampang; Flat Taman Sri Sentosa; Taman Industri Kidamai, Kajang; Bangunan Miec, Serdang; Icon City, Subang; dan Green Resident.

Terdahulu, hampir seluruh negeri bergelap seketika ekoran beberapa kawasan berhadapan gangguan bekalan elektrik sejak pukul 12.39 tengah hari.

Kawasan Lembah Klang dilaporkan paling teruk terjejas melibatkan sebahagian besar kawasan Petaling Jaya, Shah Alam, Cheras, Bangi, Selayang, Cheras dan Bandar Sunway. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI