fbpx

Dua pemandu lori ditahan kes curi besi skrap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Besi skrap yang dipercayai dicuri kedua-dua suspek dalam kejadian pada 18 Julai lalu. - FOTO: IHSAN PDRM

AMPANG – Polis memberkas dua pemandu lori bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk premis dan melarikan besi skrap bernilai RM3,000 dalam kejadian di Jalan Merdeka Ria 1, Kampung Baru Ampang, dekat sini pada 18 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 9.30 pagi ketika pengadu menyedari pintu belakang premis dalam keadaan separuh terbuka.

“Pengadu seterusnya membuat pemeriksaan dan terkejut mendapati kesan umpil dan beberapa besi skrap juga hilang dipercayai telah dicuri dianggarkan bernilai RM3,000,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ekoran kejadian itu, sepasukan anggota polis telah menahan sebuah lori yang dinaiki dua lelaki tempatan berusia 35 hingga 39 tahun di Jalan 5/20, Pandan Indah Ampang sekitar pukul 6.30 petang, pada 25 Julai lalu.

“Pihak polis turut merampas beberapa jenis besi bersama lori yang digunakan serta peralatan pecah rumah dalam milikan suspek.

“Kedua-duanya bekerja sebagai pemandu lori dan hasil semakan mendapati lori yang digunakan tidak dilaporkan hilang,” ujarnya.

Jelasnya, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pertama memiliki 10 rekod jenayah tidak dikehendaki manakala suspek kedua pula mempunyai sembilan rekod jenayah tidak dikehendaki.

Katanya, kedua-duanya ditahan reman selama empat hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 457 Kanun keseksaan (KK) dan Seksyen 457 KK. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI