fbpx

Dera bayi sampai mati: Anggota polis ditahan bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash Wahid memeriksa perbarisan anggota pada majlis perasmian Balai Polis Pangkor hari ini.

LUMUT – Seorang anggota polis lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang dipercayai didera ibu kandungnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, anggota berusia 30-an yang dipercayai teman lelaki kepada ibu bayi berkenaan ditahan di Sungai Siput semalam bagi membantu siasatan.

“Semalam kita tahan teman lelaki kepada wanita tersebut dan telah memohon reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita yakin dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, pihak polis berjaya menyelesaikan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas hadir merasmikan Balai Polis Pulau Pangkor di sini hari ini.

Tambahnya, teman lelaki wanita berkenaan merupakan seorang anggota polis yang ditahan tugas dan berkhidmat di luar negeri ini.

Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash berkata laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat bayi berkenaan mendapati mangsa dicederakan menggunakan objek tumpul selain terdapat kecederaan baharu dan lama.

“Masih dalam siasatan (objek digunakan). Sepertimana laporan awal yang kita terima daripada pakar forensik atau doktor yang menjalankan bedah siasat tersebut dia gunakan objek keras atau objek tumpul dalam mencederakan bayi tersebut,” katanya.

Menurut Mior Faridalathrash, ibu kandung bayi berkenaan yang juga suspek merupakan seorang jururawat persendirian dan telah bercerai dengan bapa mangsa enam bulan lalu.

Semalam media melaporkan, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia disyaki didera ibu kandungnya dan wanita berkenaan direman tujuh hari bermula semalam sehingga Isnin hadapan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI